
KEMPEN INFAK BERAS
Memasuki bulan Jun 2024, Pertubuhan Kebajikan Haje (Haje Care) melancarkan kempen Infak Beras bagi mempersiapkan bekalan kecemasan termasuk bagi menghadapi musim tengkujuh yang pasti tiba setiap hujung tahun.
SASARAN INFAK BERAS
Haje Care mensasarkan untuk menyediakan 3,000 kampit beras seberat 5kg setiap satu. Nilai yang dianggarkan untuk kempen Infak Beras ialah RM68,700.
Kempen ini dimulakan seawal bulan Jun 2024 bagi memastikan urusan 3P kempen Infak Beras iaitu perolehan (procurement), pembelian (purchasing) dan pengedaran (distribution) dapat diselenggara dan diselesaikan sesegera mungkin.
Beras yang telah dikenalpasti untuk pelaksanaan kempen Infak Beras ialah dari jenama Jasmine, iaitu Beras Putih Super Special 5kg. Harga pasaran yang disarankan ialah RM22.90 untuk setiap kampit beras.
KAEDAH INFAK BERAS
Sumbangan dan Infak Beras boleh dilaksanakan melalui beberapa cara, iaitu melalui DuitNow QR kepada Pertubuhan Kebajikan Haje (Haje Care), deposit tunai ke akaun Maybank Pertubuhan Kebajikan Haje (Haje Care), atau melalui kaedah FPX, Kad Debit dan Kad Kredit seperti di bawah.